Monday 15 October 2012

Sejarah Aku Dan Debat...

Ok, hai. Nak cerita sikit ni, pasal sejarah aku mengenali debat. Ok, satu malam, di Blok Aspura AYSK, senior form 5 buat kumpul. Time tu, nak tentukan junior-junior form 1 masuk kelab apa. Ada empat kelab, iaitu Kelab Debat, Kelab Pelancongan, Kelab Sukan, Kelab Usahawan Muda dan Kelab Fotografi. Senior kata, boleh masuk semua kelab kalau nak. Time tu aku tak fikir sangat nak masuk kelab apa, so aku pon masuk Kelab Debat, Kelab Fotografi, Kelab Usahawan Muda, dan Kelab Pelancongan. Then, aku ada dengar cerita yang Kelab Debat ni, ramai orang tak suka, and ada jugak aku dengar Kelab Debat ni, kelab paling aktif kat asrama. Macam tak percaya je. Ada satu hari tu, Kelab Debat ada buat perjumpaan. Time perjumpaan tu, ramai gila junior form1. Time tu, tengah pilih orang untuk Carta Organisasi Debat. Lebih kurang setiap minggu, kelab ni buat kumpul. Tapi, semakin banyak kelab ni buat kumpul, semakin kurang junior yang attend. Aku rasa betul jugak, ramai yang tak suka masuk kelab debat. Sampai satu tahap tu, junior form 1 tinggal lima orang je, aku, Danial, Khairul, Syakur, dan Izzati. Aku tengok senior pun macam hampa jer. Jadi, kitaorang berlima ni pun belajar lah debat dengan lebih mendalam. Apa itu debat, macam mana nak bidas, macam mana nak bawak fakta, and macam-macam lagi ;D. Yang paling best, bila kitorang dah mahir sikit, kitorang kene debat antara satu sama lain. Dalam bulan empat macam tu, Kelan Debat buat satu pertandingan debat terbuka untuk sekolah-sekolah dari serata Malaysia yang pernah menjuarai pertandingan debat. Time tu, aku rasa nak masuk tapi, difikir-fikirkan balik, masih ada yang belum aku pelajari. Jadi, aku pun meminta bantuan kawan aku, Danial untuk minta kebenaran kat senior, Adam, untuk mengambil aku, Khairul, dan Izzati untuk menjadi Usher(macam penjaga kumpulan la). Alhamdulilah masih ada kekosongan. Jadi, kami bertiga pun memenuhkan tempat kosong itu. Seminggu sebelum pertandingan, Kelab Debat buat kumpul untuk latihan. Seminggu kitorang dengar senior- senior berdebat. Dan, tibalah hari perjuangan mereka. Agak takut jugalah untuk melihat pertandingan debat ini. Pada masa itu, aku menjadi usher untuk kumpulan AYS B. Sepanjang pertandingan itu, aku dapat mengetahui pelbagai ilmu dari pelajar-pelajar yang sudah pun mahir dalam debat. Akhirnya, pasukan SDAR dinobatkan sebagai Juara. Aku ada juga tengok pelajar-pelajar SDAR berdebat. Terkejut aku, tengok. Diorang banyak buat izin laluan, fakta diorang tak dapat dikalahkan. Aku yakin diorang berlatih lebih lama dari kelab debat asrama aku.Sebulan kemudian, pihak Universti Islam Antarabangsa menganjurkan Pertandingan Debat Ala Parlimen, di UIA. Jadi, Kelab Debat menghantar satu kumpulan untuk menyahut cabaran itu. Dua minggu mereka berlatih, dan alhamdulilah, latihan mereka membuahkan hasil yang bagus. Mereka mendapat tempat ke 24 daripada berpuluh-puluh buah sekolah. Alhamdulilah. Dan tahun ni, aku dengar cerita, Kelab Debat nak hantar pelapis untuk pertandingan Debat Terbuka AYS kali ke 6. Selamat aku tidak dimasukkan, kalau tak, tak tahulah apa akan jadi. Tahun ni, aku seperti tahun lepas, aku jadi usher, tapi bukan untuk AYS, tapi untuk AYS Sabak Bernam. Mungkin tahun hadapan aku akan jadi seorang pendebat, mewakili asrama sendiri, insyaAllah. Harap dapat naik suatu hari nanti. Begitulah Sejarah Aku dan Debat.
 
Open Debate tahun ni.. :)

 
Open Debate last year.. :)

No comments:

Post a Comment