Bismillahirrahmanirahim,
terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua, perwakilan kerajaan, rakan-rakan
pembangkang, seterusnya hadirin hadirat seisi dewan sekalian. Asalamualaikum,
Salam Persidangan, salam Satu Malaysia.
Perkara di atas ini adalah kata alu-aluan
Baiklah, perkara yang kedua adalah sebut usul. *Usul tu adalah tajuk yang kita kene bawak. Ok, contoh sebut usul adalah :
Tuan
Yang Dipertua, usul pada hari ini cukup menarik. Usul berbunyi .
Ok, yang kat atas ni adalah sebut usul.
Perkara ketiga yang korunk perlu tahu adalah sokong atau tidak sokong usul. Sokong adalah untuk pihak kerajaan, manakala, tidak sokong adalah untuk pihak pembangkang. Contohnya :
Maka, selaku kami di pihak kerajaan semestinya
menyokong usul seratus peratus.
Yang di atas ini adalah untuk pihak kerajaan.
Maka, selaku kami di pihak pembangkang tidak
akan pernah menyokong usul seratus peratus.
Yang di atas ini adalah untuk pihak pembangkang
Perkara keempat yang perlu diketahui adalah, menegakkan pendirian sebelum memulakan hujah. Kebanyakan pendebat tidak menegakkan pendirian mereka sebelum memulakan hujah, mereka menegakkan pendirian mereka selepas mereka selesai membentang hujah. Tanpa pendirian, hakim akan menganggap bahawa kita menyokong sesuatu pihak. Contoh, pihak kerajaan tidak menegakkan pendirian, jadi hakim akan menganggap bahawa pihak kerajaan menyokong pihak pembangkang. Baiklah, contoh menegakkan pendirian adalah:
Tuan
Yang Dipertua, sebelum saya membentangkan hujah-hujah saya/ sebelum saya
mengundur diri, izinkan saya untuk menegakkan pendirian kami di pihak kerajaan.
Pendirian kami cukup menarik, kami yakin dan percaya bahawa usul yang
diberikan atas tiga/dua premis yang utama iaitu kata kunci yang pertama,
kata kunci yang kedua dan kata kunci yang ketiga. Selesai pendirian.
Yang di atas ini adalah penegakkan pendirian.
Ok, itulah keempat-empat perkara yang perlu diketahui dalam perdebatan, ok, tu je yang aku nak kongsi.. Kita sambung nanti ok, bye. :)
No comments:
Post a Comment