Tuesday, 16 October 2012

Empat Perkara Yang Perlu Diketahui Dalam Debat

Asalamualaikum dan hai... terima kasih sebab sudi jenguk. ;D. Ok, sebenarnya tengah boring, so, spirit debat tu still ada, jadi, aku nak kongsi sikit pasal empat perkara yang perlu diketahui dalam debat. Baiklah, seperti yang kita tahu, debat ini adalah perang mulut. Hahaha, ok, kalau nak berdebat, ada caranya, ada peraturannya, ada prinsipnya, kita tak bolehlah sesuka hati cakap jer apa yang nak dicakapkan mengikut sedap mulut. Tak pasal-pasal kalah. Ok, perkara pertama yang perlu diketahui adalah kata alu-aluan. Apa tu kata alu-aluan? Kata alu-aluan ni macam kita buka kes yang kita nak bawak nanti. Ok, contoh:
Bismillahirrahmanirahim, terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua, perwakilan kerajaan, rakan-rakan pembangkang, seterusnya hadirin hadirat seisi dewan sekalian. Asalamualaikum, Salam Persidangan, salam Satu Malaysia.
                                 Perkara di atas ini adalah kata alu-aluan
Baiklah, perkara yang kedua adalah sebut usul. *Usul tu adalah tajuk yang kita kene bawak. Ok, contoh sebut usul adalah :

Tuan Yang Dipertua, usul pada hari ini cukup menarik. Usul berbunyi                             . 
                                         Ok, yang kat atas ni adalah sebut usul.
Perkara ketiga yang korunk perlu tahu adalah sokong atau tidak sokong usul. Sokong adalah untuk pihak kerajaan, manakala, tidak sokong adalah untuk pihak pembangkang. Contohnya :
 Maka, selaku kami di pihak kerajaan semestinya menyokong usul seratus peratus.
                                          Yang di atas ini adalah untuk pihak kerajaan.
Maka, selaku kami di pihak pembangkang tidak akan pernah menyokong usul seratus peratus.
                                            Yang di atas ini adalah untuk pihak pembangkang
Perkara keempat yang perlu diketahui adalah, menegakkan pendirian sebelum memulakan hujah. Kebanyakan pendebat tidak menegakkan pendirian mereka sebelum memulakan hujah, mereka menegakkan pendirian mereka selepas mereka selesai membentang hujah. Tanpa pendirian, hakim akan menganggap bahawa kita menyokong sesuatu pihak. Contoh, pihak kerajaan tidak menegakkan pendirian, jadi hakim akan menganggap bahawa pihak kerajaan menyokong pihak pembangkang. Baiklah, contoh menegakkan pendirian adalah: 
Tuan Yang Dipertua, sebelum saya membentangkan hujah-hujah saya/ sebelum saya mengundur diri, izinkan saya untuk menegakkan pendirian kami di pihak kerajaan. Pendirian kami cukup menarik, kami yakin dan percaya bahawa usul yang diberikan atas tiga/dua premis yang utama iaitu kata kunci yang pertama, kata kunci yang kedua dan kata kunci yang ketiga. Selesai pendirian.
                                              Yang di atas ini adalah penegakkan pendirian.
Ok, itulah keempat-empat perkara yang perlu diketahui dalam perdebatan, ok, tu je yang aku nak kongsi.. Kita sambung nanti ok, bye. :)

Monday, 15 October 2012

Sejarah Aku Dan Debat...

Ok, hai. Nak cerita sikit ni, pasal sejarah aku mengenali debat. Ok, satu malam, di Blok Aspura AYSK, senior form 5 buat kumpul. Time tu, nak tentukan junior-junior form 1 masuk kelab apa. Ada empat kelab, iaitu Kelab Debat, Kelab Pelancongan, Kelab Sukan, Kelab Usahawan Muda dan Kelab Fotografi. Senior kata, boleh masuk semua kelab kalau nak. Time tu aku tak fikir sangat nak masuk kelab apa, so aku pon masuk Kelab Debat, Kelab Fotografi, Kelab Usahawan Muda, dan Kelab Pelancongan. Then, aku ada dengar cerita yang Kelab Debat ni, ramai orang tak suka, and ada jugak aku dengar Kelab Debat ni, kelab paling aktif kat asrama. Macam tak percaya je. Ada satu hari tu, Kelab Debat ada buat perjumpaan. Time perjumpaan tu, ramai gila junior form1. Time tu, tengah pilih orang untuk Carta Organisasi Debat. Lebih kurang setiap minggu, kelab ni buat kumpul. Tapi, semakin banyak kelab ni buat kumpul, semakin kurang junior yang attend. Aku rasa betul jugak, ramai yang tak suka masuk kelab debat. Sampai satu tahap tu, junior form 1 tinggal lima orang je, aku, Danial, Khairul, Syakur, dan Izzati. Aku tengok senior pun macam hampa jer. Jadi, kitaorang berlima ni pun belajar lah debat dengan lebih mendalam. Apa itu debat, macam mana nak bidas, macam mana nak bawak fakta, and macam-macam lagi ;D. Yang paling best, bila kitorang dah mahir sikit, kitorang kene debat antara satu sama lain. Dalam bulan empat macam tu, Kelan Debat buat satu pertandingan debat terbuka untuk sekolah-sekolah dari serata Malaysia yang pernah menjuarai pertandingan debat. Time tu, aku rasa nak masuk tapi, difikir-fikirkan balik, masih ada yang belum aku pelajari. Jadi, aku pun meminta bantuan kawan aku, Danial untuk minta kebenaran kat senior, Adam, untuk mengambil aku, Khairul, dan Izzati untuk menjadi Usher(macam penjaga kumpulan la). Alhamdulilah masih ada kekosongan. Jadi, kami bertiga pun memenuhkan tempat kosong itu. Seminggu sebelum pertandingan, Kelab Debat buat kumpul untuk latihan. Seminggu kitorang dengar senior- senior berdebat. Dan, tibalah hari perjuangan mereka. Agak takut jugalah untuk melihat pertandingan debat ini. Pada masa itu, aku menjadi usher untuk kumpulan AYS B. Sepanjang pertandingan itu, aku dapat mengetahui pelbagai ilmu dari pelajar-pelajar yang sudah pun mahir dalam debat. Akhirnya, pasukan SDAR dinobatkan sebagai Juara. Aku ada juga tengok pelajar-pelajar SDAR berdebat. Terkejut aku, tengok. Diorang banyak buat izin laluan, fakta diorang tak dapat dikalahkan. Aku yakin diorang berlatih lebih lama dari kelab debat asrama aku.Sebulan kemudian, pihak Universti Islam Antarabangsa menganjurkan Pertandingan Debat Ala Parlimen, di UIA. Jadi, Kelab Debat menghantar satu kumpulan untuk menyahut cabaran itu. Dua minggu mereka berlatih, dan alhamdulilah, latihan mereka membuahkan hasil yang bagus. Mereka mendapat tempat ke 24 daripada berpuluh-puluh buah sekolah. Alhamdulilah. Dan tahun ni, aku dengar cerita, Kelab Debat nak hantar pelapis untuk pertandingan Debat Terbuka AYS kali ke 6. Selamat aku tidak dimasukkan, kalau tak, tak tahulah apa akan jadi. Tahun ni, aku seperti tahun lepas, aku jadi usher, tapi bukan untuk AYS, tapi untuk AYS Sabak Bernam. Mungkin tahun hadapan aku akan jadi seorang pendebat, mewakili asrama sendiri, insyaAllah. Harap dapat naik suatu hari nanti. Begitulah Sejarah Aku dan Debat.
 
Open Debate tahun ni.. :)

 
Open Debate last year.. :)

Saturday, 13 October 2012

Two Is Better Than One :)



I remember what you wore on our first day
You came into my life
And I thought hey
You know this could be something
'Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing

So maybe it's true, that I can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time, to figure out the rest in my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two, is better than one

I remember every look upon your face, 
The way you roll your eyes, the way you taste
You make it hard for breathing
'Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
And finally now, believing

And maybe it's true, that I can't live without you
Well maybe two is better than one
But there's so much time, to figure out the rest in my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two, is better than one

Yeah, yeah

I remember what you wore on our first day
You came into my life
And I thought hey

Maybe it's true, that I can't live without you
Maybe two is better than one
But there's so much time, to figure out the rest in my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking

Oooh I can't live without you
'Cause baby two is better than one
There's so much time, to figure out the rest in my life
And I've figured out with all that's said and done
Two, is better than one

Two is better than one.

Monday, 8 October 2012

Cameron Highland ( Only for Usahawan Muda 2012)

Assalamualaikum, hai :). Hari ini aku nak share cerita sikit pasal Usahawan Muda 2012. Untuk tahun ini, kelab Usahawan Muda meriah sangat. Kalau tahun lepas, asrama tak jual aiskrim Matkool, tapi tahun ni macam-macam ado. hihihihi. Jadi usahawan muda pon untung lebih tahun ni sebab kehadiran aiskrim and cafe tutup. Muahahahaha, kaya, kaya.... Kalau tahun lepas untung sikit, tahun ni, untung bertimbun-timbun, alhamdulilah..... Terima kasih kepada semua ahli-ahli kelab Usahawan Muda kerana pandai menarik hati pelanggan untuk tetap setia membeli barang- barang keperluan mereka di kelab Usahawan Muda. Disebabkan kerajinan dan ketekunan kami, Puan Sabariah, selaku guru penasihat kelab ini, menganjurkan satu lawatan ke Cameron Highland. Lupa pulak, lawatan ini berlangsung pada 6 Oktober 2012. Ok, haritu, pagi-pagi Subuh lagi dah kene kumpul kat surau untuk memastikan semua orang bersiap sedia and boleh gerak awal. Sebelum bertolak ke sana, Pn. Sabar memberi RM10 kepada setiap orang. Kiranya gaji la ni. Then, dalam 1 jam lebih tu, kitorang berhenti  kat RnR Tapah. Kat situ hanyalah untuk tukar baju and beli makan ringan. Lepas tu, bertolak ke Cameron Highland.... Sepanjang perjalanan tu, aku pakai sweater je, sejuk gile ar. Tempat pertama kitorang pergi adalah pasar-pasar berdekatan dengan Heritage Hotel. Kat situ macam-macam ade, kitorang jalan-jalan jap.... Then, pergi plak dekt pasar-pasar kat bahagian atas.... After that, kitorang pergi dekat pasa-pasar dekat-dekat dengan Equatorial. Pastu pergi Ladang Teh... Best! Da la sejuk, airnya sejuk, semua sejuk... Then, kitorang solat dekat surau yang disediakan... Kalau korunk perasan, masa on the way nak ke Ladang Teh, dekat sebelah kiri korunk ader surau. Kat situlah kitorang solat.... Sumpah sejuk giler time nak amik air wuduk... After that, singgah kat kedai-kedai kat bawah ladang teh sebelah tempat parking bas sewa.. After that, BALIK!!!! Sebelum balik singgah kat RnR Tapah, then balik...... Time tuh aku tido, bangun-bangun jerp, da sampai,sampai asrama pukul 12.00a.m.... WOW! FANTASTIC BABY!!! Balik dorm terus tido..ZzZzZzZzZzZzZzZzZ..... Alhamdulilah selamat pergi dan pulang... Cameron Highland In My Memory...

Friday, 5 October 2012

Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain... (SMK La Salle Klang)

Tanggal 2 Oktober 2012, PRS SMK La Salle Klang telah mengadakan satu aktivit khusus untuk PRS sekolah berkenaan. Aktiviti tersebut dibahagikan kepada dua iaitu Segmen 1, Galah Panjang, dan Segmen 2 adalah Bola Beracun. Sebanyak 35 orang ahli PRS( termasuk aku) menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Mereka semua telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Tahniah diucapkan kepada kumpulan tiga dan enam kerana telah mendapat tempat pertama dan kedua. Tanggal 3 Oktober 2012, satu jamuan khas untuk ahli PRS sesi petang telah diadakan. Majlis tersebut diesrikan lagi dengan kehadiran Pn. Hjh Zainab dan Pn. Li Lee Ling. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pn. Hjh Zainab. Pelbagai aktivit dilakukan selain dari jamuan makan. Terdapat pertandingan menari, pertandingan menyanyi, pertandingan siapa cepat dia dapat dan kasih sayang. Alhamdulilah, semuanya telah berjalan dengan lancar. Pada akhir majlis itu, kami semua telah diberikan sijil penghargaan. Alhamdulilah. Semoga majlis perumpamaan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan... :) Macam buat laporan plak ahahaha..... actually tengah mengantok... Pkol 3 pagi da.... bye nk tdo Salam..